Tuesday, January 15, 2013

MALIKI TERSENGIH, JAIS MENJELING


Dup Dap Dup Dap. Berdegop la ni semua jantung hati perasaan semua yg nak bertanding. Yang ke hulu ke hilir berkempen pun dahsyat. Muka-muka hipokrit pun makin jelas. Tak mengapalah yooobbbb...kalau dah azali kata kome menang sure menang la tue kan.

Nadi Belia nak sentuh bab pertandingan antara MALIKI dan JAIS untuk jawatan Presiden MBM. Pertandingan dalam mana2 pemilihan mmg bagiuh sebab dikatakan suburnya demokrasi. Tapi kalau dah mcm kebulur jawatan pun sesak jugak nafas dek oiii. Keh3x.

MBM dibawah takluk pemerintahan Maliki diakui agak senyap dalam satu2 isu. Namun sumber dalam mengesahkan Maliki yang dibantu Zaidi SUAMBM lebih suka pendekatan meja perundingan dalam segala isu berkenaan pembangunan belia. Minta maaf cakaplah, satu persatu Exco MBM yg ada masalah peribadi khususnya bab kewangan pun banyak dibantu oleh Zaidi dengan pengetahuan bosnya. Tapi lumrah kepimpinan apa saja di Malaysia ni mana nak reti bab-bab mengenang budi ni.

Jais seorang yang bagus. Bijak dan kepala otak geliga. Tapi dengan semangat Singa membuat beliau kadang-kadang macam badut sarkas pun ada jugak. He3x. Sikit2 nak ugut join pembangkanglah, ludah Menteri KBS lah, pastu disokong oleh Zambri Pendek SUA GPMS yang lantang tak bertempat. Cuma Jais, kalau boleh jagalah GPMS tu baik2 sket. Nak tanya si Jais ni, projek GPMS nak bangunkan 8ribu rumah belia tu apa cer..apa cer..apa cer yer? Syarikat Tri-Tas Timber tu ada lagik ke tak?

Nadi Belia secara dasarnya menyokong kepimppinan MBM yg sedia ada. Nampak berjalan dengan baik. Kalau boleh masukkan muka-muka baru dan juga adik2 bawah 30an supaya MBM nampak berdarah segar dan ada pelapis yg matang nanti.

No comments:

Post a Comment