Sunday, January 20, 2013

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA KEPIMPINAN BARU MAJLIS BELIA MALAYSIA


Tahniah Nadi Belia ucapkan pada kepimpinan baru MBM. Nadi Belia berharap agar kepimpinan baru MBM akan lebih cemerlang dan terbilang dibawah kepimpinan baru.

KEPUTUSAN PENUH AJK MBM 2012-2014

Pengerusi tetap:Sdr. Khairul Anwar El Syazalli Musa (Perak)

Timb.pengerusi tetap:Murali Kuppan(KelabBellBeliaTamil)

Presiden:Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee (p.pinang)

Tim.Presiden:Sdr. Muammar Ghadafi Datuk Jamal(GB4BM)

Naib.Presiden: 1.Sdri Low Eng Tack(GBBM)
2.Sdr.Manndzri Nasib(FELDA)
3.Sdr.Nasrul Ahmad(Melaka)

Setiausaha Agung:
Sdr.Zaidi Aziz(PKPIM)

Bendahari Kehormat:
Sdr. Mahendran Nadason(MBHM)

AJK:
1.Sdr. Mohd Aizad Roslan (kedah)
2.Sdr. Mohd Hafiz Ariffin ( pengakap )
3.Sdr.Hasnul Haniff Harun(PKPIM)
4.Sdr. Ahmad Daniar Ismail(Pahang)
5.Sdr. Faisal Abu Bakar(Kelantan)
6.Sdr. Abdul rizam Mohd akhir (Johor)
7.Sdr.Nourman Ag Zaini@Rayn(Sabah)
8.Sdri. Ivie Leong Fang Hui(PEMUDA)
9.Sdr.Nor Akmal Ibos (Selangor)
10.Sdr. Mohammad Rizan Hassan (ASRAMA)
11.Sdri. Haryaty Hamdzah (PKKBM)
12.Sdri. Wan Adilah Wan Awang(Terengganu)

Thursday, January 17, 2013

JAIS DIJANGKA TARIK DIRI

Tepat jam 9 pagi (18/01/2013) di Summit USJ Hotel, Dewan Tertinggi MBM akan mengadakan persidangan untuk kali terakhir bagi penggal ini.

Dah tentu semua 40 badan gabungan akan terarah kepada Jais dan GPMS yang mencetuskan banyak masalah kepada gerakan belia akhir-akhir ini.

GPMS menerusi Timbalan presidennya mengeluarkan kenyataan dalam akhbar baru2 ini bahawa MBM dan kepimpinan belia lesu dan lembik macam dia jugak. cakap orang pandai, diri sendiri tu apa cer...apa cer..apa cer..? Lantaran kecaman hebat dari Dewan tertinggi, Jais dengan style kelam kabutnya email kepada semu bahawa itu bukan kenyataan GPMS sebaliknya kenyataan peribadi Timbalannya wpun dia tahu timbalannya ada menyediakan 5 helaian hebahan kepada pihak akhbar. Bodoh ke pe Jais Badut Sarkas ni? Timbalan nak bagi statement hang bley plak tatau. Ini taktik zaman Arwah Ghafar Baba bolehlah bro.

Kemudian Jais dengan dibantu tag teamnya Irmo terus mendaik dada kononnya PM bagi restu nak bertanding dan sebagainya. Penat nak cete bab ni, penat penat penat. Apa yang pasti, PM mengharapkan belia akan terus kukuh berdiri wpun siapa yang memimpin.

Jais terperangkap dengan game Irmo. Dengan senario kini, Jais asemakin terdesak dan tersedak. Dewan tertinggi MBM yang bersidang pagi ini mungkin akan sedikit panas membara. Kita nantikan info dari rakan2 bloger lain yang telah mula berkampung di Hotel Summit

SELAMAT TINGGAL IRMOHIZAM

Mesyuarat Exco MBM yang dikhabar berjalan malam tadi hingga awal pagi tadi dalam suasana tenang. Akhirnya, Irmohizam mengumumkan menarik diri dari merebut jawatan Timbalan Presiden MBM untuk penggal ini.

Irmo yang dah kantoi dengan kelicikannya menggunakan pejabat PM dalam mempromosikan diri merebut jawatan Timbalan Presiden terpaksa akur dengan semua pendedahan yang dikeluarkan oleh para blogger.

Kini, badut sarkas bernama Jais yang terpengaruh dengan Irmo untuk jadi tag team dalam pemilihan mulai panas jubur dan meroyan. Habis semua orang2 UMNO yang pernah terlibat dalam GPMS ditelefonnya untuk minta sokongan dan mengadu nasib. Lahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii Jais. Mana taknya, dok percaya dengan game si irmo kononnya dapat restu dari PM. Opocooottttt...

SIAPAKAH EXCO MBM SEDIA ADA YANG BERMASALAH?

Perlukah didedahkan?

-meeting ponteng
-muka ada time VVIP datang je
-program bawah biro masing2 tak buat
-markup quotation giler babi
-tak diluluskan pengurusan MBM alu merajuk dan memfitnah
-asik buat cerita
-kaki betina sundal dalam dan luar negara
-kacau bini orang
-tak kenang budi
-takde kerja, MBM bagi kerja pastu taruh MBM semula
-pinjam Along
-gmbar2 tengah stim

Nantikan Sabtu nanti!

JAIS AJAK BELIA MEMBINATANGKAN MBM


Selain dari usaha mentranformasikan MBM atau dalam bahsa GPMS ialah MEMBINATANGKAN MBM (sebab dalam GPMS dia Singa dan dalam MBM dia nak jadikan Naga), Bro Jais begitu komited bersama Timbalan Presiden GPMS hendak memastikan penganugerahan Tokoh Belia Negara di perkasakan oleh MBM.

Bro Jais adalah Tokoh Belia Pulau Pinang 2012 yang penuh dengan kontroversi. Ramai yang pertikaikannya. Sambutan hari belia di Penang pun ramai yang boikot pada tahun tersebut. Ini semua gara-gara Singa Mulut Busuk si Jais punya pasal.

Kemudian beliau bertanding pula Tokoh Belia Negara 2012. Nak dijadikan cerita, beliau tewas. Presiden GPMS tewas tergolek god la dikatakan. Kemudian meroyan kat KBS. Dengar sampai nak ludah muka Menteri KBS. Tapi macam biasalah, cerita di luar pintu ja lebih. Singa bapuklah katakan. Kerana gagal menang jadi tokoh, maka Jais dirundung malang.

Kini beliau mencuba pula nasib bertanding presiden MBM. Pulak dah......Program pembangunan GPMS pun tak tentu hala, asik buat report polis memanjang ja lalu ada hati besar nak memimpin MBM.

Jais bersemangat nak membinatangkan MBM dengan membawa Singa-Singa GPMS ke dalam MBM dan lalu berpeluang mewujudkan NAGA BERUBAH-UBAH bagi mendesak kerajaan dalam apa situasi. Bukankah elok pendekatan kepimpinan Maliki sekrang ni yang mengutamakan advokasi?

Jais juga semangat terlebih hendak mengGPMSkan MBM. Habis dok susun barisan orang-orang GPMS untuk bertanding di setiap jawatan yang dipertandingkan. Dah Gila ke apa? MBM ni mewakili semua bangsa, agama, etnik dan negeri2. Bagilah yang lain-lain mewakili badan masing2.

Nasihat buat Jais, dah berjaya membinatangkan GPMS tu cukuplah...jangan jadi binatang yang membinatangkan MBM pula. Opocooottttttt...sorry Bro Jais, agak kasaq skit. Phewiiitttttt.

KISAH BUDAK PENGAKAP BERNAMA IRMOHIZAM

Inbox facebook Nadi Belia dipenuhi dengan mesej dari ramai pejuang Budak Pengakap baik yang dah tua kerepot sampai yang muda-muda. Rata-rata merasakan institusi Pengakap sentiasa diperbodohkan dan diperhambakan dan dipergunakan dimana ramai pemimpin belia yang tidak dicalonkan dalam mana-mana pertandingan atau penganugerahan akan menumpang endorsement dari Pengakap.

Macamlah dalam Pengakap takde talent untuk di ketengahkan. Kepimpinan Pengakap juga harus berubah. Jangan jadi barua sangat hingga bakat Budak Pengakap yang tulen di tong sampahkan.

Untuk Irmohizam, sila hayati lagu Undang-Undang pengakap ni. Opocooottttt......

Wednesday, January 16, 2013

KEMPEN SUDAH BERMULA

Perang poster atau bahan hebahan dah bermula nampaknya. Sama-sama nilaikan.




LAMBATNYA RUMAH BELIA NI NAK SIAP.

 

Timbalan Presiden GPMS dalam Utusan Malaysia 16/01/2013 begitu lantang dan garang sesuai dengan prinsip kebinatangan GPMS iaitu "SINGA PERJUANGAN BANGSA". Baguslah, tak dinafikan benda tu ada betulnya. Senario ni standard la....belia di bawah akan jolok pemimpin di atas semacamlah yang kat atas tu tak buat kerja. Memang ada jugak yang kat atas tu tak buat keje tapi jangan samberono main balun semua yer Bro Ezarudin. Singa tu binatang, jangan buat sesuatu macam kebinatangan plak.

Nah...amek kawwwwww..opocot...ni janji GPMS, janji JAIS, janji Irmohizam kat golongan belia suatu ketika dulu. Mana rumah tu? Bila nak siap? HEBAT DAN MENAWAN tang mana tu bang rumahnya?

Toksah lah nak sound-sound.... Irmo, hang jaga Selangor bebaik. Elok jaga Selangor. Awak tu budak baik Irmo oiiiiii, hang kan Budak Pengakap. Budak Pengakap baik tau tak, tapi hang mcm nak dirosakkan oleh mereka yang konon menyokong hang. Tak pasan ka?

Buat Jais, bila nak siap rumah tu? Kalau takdak umah tu takper la, hang bagi aku model mcm kat legoLand pun okaylah Pak Jais oiiii.....

BELIA UNGGUL, BUKAN TUNGGUL


Nadi Belia mengambil kesempatan ini menasihati golongan belia supaya berfikiran lebih matang di samping mereka mempunyai keberanian untuk menerokai sesuatu yang baru. Belia harus berfikiran lebih jauh di dalam setiap aspek termasuk politik, ekonomi dan sosial dan seharusnya mengambil tahu perihal dalam dan luar negara supaya dapat menilai sesuatu agenda dengan lebih matang. Ini kerana belia adalah pewaris bagi menerajui kesinambungan serta kesejahteraan Malaysia.

Kesedaran dalam merebut peluang untuk memiliki ilmu harus ada di dalam setiap diri belia kerana masa depan di lihat semakin mencabar. Menyentuh isu belia yang merancang untuk merantau ke destinasi yang baru, belia harus melihat keadaan di suatu tempat baru itu secara menyeluruh supaya mempunyai pemikiran yang luas serta berpandangan jauh.

Dengan memiliki ilmu pengetahuan serta kemahiran, ianya dilihat mampu untuk dijadikan sebagai benteng diri dalam menempuh arus perdana yang getir. Sebagaicontoh beberapa perkara yang telah berlaku di dalam negara ini seperti belia dimanipulasikan oleh pihak tertentu sehingga ada segelintir belia terjebak dalam memperjuangkan kepentingan fahaman parti politik tertentu, tanpa mereka mengetahui apakah niat sebenar pihak berkenaan. Fenomena sebegini sebenarnya telah merugikan belia itu sendiri. Senario sebegini tidak akan wujud sekiranya belia mulai sedar dan memandang sudut ilmiah sebagai rujukan.

Berpandangan kurang tepat dan menganggap suara belia tidak akan membawa apa-apa perubahan di dalam negara harus dikikis kerana peranan belia dalam memacu negara dilihat amat penting. Nadi Belia menyokong pembentukkan Parlimen Belia hasil inisiatif kerajaan dan MBM sekarang ini yang dilihat memberi peluang kepada belia untuk menyuarakan pendapat, pandangan, mahupun menyumbang idea.

Strategi bijak yang direncanakan oleh kerajaan ini diyakini mampu membina karakter belia menjadi lebih unggul, berkarisma, cerdas dan dinamik. Bukti ini cukup menunjukkan kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap perkembangan belia dan menyokong padu penyertaan belia di dalam proses menggerakkan jentera pembangunan negara.

Dengan adanya platform untuk belia menyuarakan pelbagai pandangan, belia juga harus mempunyai matlamat yang jelas dalam mengenali erti kehidupan dan berusaha lebih gigih lagi untuk berjaya.

Pada zaman ini belia haruslah berusaha untuk menggapai impian dan cita-cita, kreatif serta inovatif untuk bersaing merebut peluang yang boleh dijadikan punca rezeki. Di samping kita menumpukan perhatian di dalam memajukan sukan, belia haruslah bertekad, berazam, dan pandanglah sudut keilmuan serta milikinya kerana kehidupan merupakan perjuangan terbesar di dalam hidup kita.

ADA LAGI PEMIMPIN BELIA TAK UPDATE TENTANG PARLIMEN BELIA


Kepada mereka yang masih tak faham sangat pasal Parlimen Belia dan tak faham-faham menyalahkan kepimpinan induk belia negara iaitu MBM, sila duduk diam-diam hayati video ini [Parlimen Belia - Apakah Relevannya?]. Kita bagi adik-adik dalam video ni explain kat abang-abang yang jarang mukanya muncul tapi suaranya banyak pulak berbunyi.

MBM DAH PUN BUAT....


Segala apa yang dilakukan hari ini, dan segala apa aktiviti yang dianjurkan semuanya berkaitrapat dengan hasrat menyatakan pengiktirafan terhadap belia dan pembangunan belia. Ia juga bertujuan mengiktiraf suara belia. Kita mempunyai kerangka pembangunan belia yang komprehensif.

Dari segi organisasi, pada 1948, Majlis Belia Malaysia (MBM) ditubuhkan sebagai badan gabungan kebangsaan bagi persatuan-persatuan belia. Pada 1964, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), masa itu Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, ditubuhkan.

Pada 1972, Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) ditubuhkan sebagai forum perundingan rasmi antara MBM mewakili suara belia dan KBS yang mewakili kerajaan. Ketika melancarkannya, Allahyarham Tun Abdul Razak menyifatkannya sebagai “parlimen belia”.

Dari sinilah suara belia diambil kira dalam banyak dasar dan program pembangunan belia sebelum diluluskan Kabinet atau Parlimen. Antara paling penting ialah Dasar Belia Negara (DBN) 1985, yang pada 1997, diganti dengan Dasar Pembangunan Belia Negara (DPBN), dan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia.

Dari segi kerajaan, di samping KBS, terdapat lebih 10 buah kementerian dan agensi lain yang terlibat dalam mendengar suara belia bagi membangunkan belia. Jalinan kerjasama antara kerajaan dan MBM (serta beberapa jaringan belia yang lain) ini telah dilaksanakan dari peringkat kebangsaan hinggalah ke peringkat akar umbi.

Kerajaan mengiktiraf suara belia. Ini terbukti dengan kepelbagaian beberapa dasar dan program kerajaan, antara lain, melalui suara belia. Contohnya ialah DBN/DPBN, Universiti Islam, Bank Islam, Skim Rumah Pertamaku dan Dana 1Belia 1Malaysia. Tidak dilupakan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang membolehkan mahasiswa berpartisipasi dalam politik.

Persoalan berikutnya ialah bagaimana meningkatkan pengiktirafan terhadap suara belia?. Ia wajar dimulakan dengan memperbaharui definisi belia kita kini, iaitu, 15-40 tahun. Definisi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ialah 15-24 tahun.

Ada mencadangkan definisi kita diturunkan, tetapi ditolak. Justeru, Nadi Belia menyokong cadangan KBS untuk definisi baru, iaitu 15-30 tahun.

Definisi ini digunakan dalam Parlimen Belia. Ia menjadi pentas amat penting bagi perwakilan belia menyuarakan idea, pendapat dan pendirian atas pelbagai isu pembangunan tempatan, negara dan antarabangsa.

Pendidikan politik perlu diwujudkan dalam sistem pendidikan. Contohnya, di sekolah menengah, ialah dengan mengadakan pilihan raya untuk memilih lembaga pengawas. Di IPT, ialah dengan membenarkan mahasiswa menguruskan sendiri pilihan raya kampus.

Suara belia perlu ditingkatkan dalam proses membuat keputusan. Justeru, perwakilannya perlu dilantik Ahli Dewan Negara dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Kedudukannya yang sedia ada dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu dibuat berasaskan pemilihan oleh belia dan bukannya lantikan dari atas. Jumlah Ahli Dewan Rakyat berumur belia perlu ditambah.

Kita perlu secara serius memikirkan untuk menurunkan umur layak mengundi dari 21 kepada 18 tahun.

Perkara-perkara lain juga perlu dirancang dan dilaksanakan. Tetapi, pokoknya, semuanya perlu menepati, antara lain, dua pendekatan utama. Pertama, ialah pendekatan “penghakupayaan belia” (youth empowerment). Ia meliputi aspek-aspek partisipasi penuh belia dan perwakilan belia.

Kedua, ialah pendekatan “suara yang bermakna” (voice that matters). Ia meliputi aspek-aspek sumber primari suara, nilai suara, keberkaitan nilai suara dan halangan terhadap suara.

Meningkatkan pengiktirafan suara belia bukanlah mudah, tetapi sekurang-kurangnya kita perlu menyediakan peta jalan yang jelas.

Tuesday, January 15, 2013

TIMBALAN PRESIDEN MBM- UMNO LAWAN UMNO


Hahaha amek kaw....Umno Selangor lawan Umno Perak. Dulu dedua negeri ni kelaut, nasib bek Perak kembali kepangkuan jalan, cuma Selangor ke laut terus dan mcm sampai bebila aja ke laut.

Pertandingan nak jawatan Timbalan Presiden MBM datang dari Dato Irmohizam dan Muamar Ghadafi. Si Irmo mewakili Majlis Belia Selangor (MBS) dan si Gadap wakil Belia 4B. Umum pun tahu Gadap memang jiwa tulen 4B manakala Irmo sekejap Pengakap, sekejap MBS dan esok lusa GPMS..aktiflah katakan. Aktif time VVIP ada je kot? Opocotttt

Atas kertas nampak saingan sengit. Tapi di peringkat akar umbi nama Gadap lebih nampak moleknya berbanding si Irmo. Irmo sorang pemimpin yang sibuk memanjang dan hadir sekejap-sekejap. Sejak jadi "PEGAWAI KHAS PERDANA MENTERI", sikit2 bagi alasan YAB PM nak jumpa sedangkan yang dia pergi jumpa tu Setpol PM je pun. Opssssss..opocot. Nak tanya Irmo, reporting system tuan kepada Setpol PM ke atau kepada PM?

Anyway...by the way....on the way...Irmo, hang betui ka ada masa untuk belia? Baek hang jaga Selangor. Fokus pada PRU13 dan kalau menang jaga belia Selangor elok2. Hang dok kalut nak Timbaan Presiden MBM nak buat pa? Hang dulu Naib Presiden pun hang tak larat nikan pulak Presiden MBS dan Timbalan Presiden MBM. Hang nak ka tak nak jadi calon muda UMNO dalam PRU13 nanti? Pikiaq bebaik naaaaaa....

Gadap...pasni kalau hang menang jangan dok jaga orang2 4B ja ok. Keliling hang tu banyak yang nak merosakkan hang. Ingat tu!

KOLEJ-KOLEJ SWASTA KIRIM SALAM UNTUK JAIS


Banyak kolej-kolej swasta yang sederhana glamournya kompom kenal siapa JAIS GPMS. Cuma nak pesan, kalau menang Presiden MBM jangan lupa jenguk bos-bos kolej-kolej swasta yer Bro Jais, sebab depa dah tak sabar nak sponsor Buku laporan GPMS sampai 1000 mukasurat. Hu3x. Hanya Jais yang faham yang tersirat!

MALIKI TERSENGIH, JAIS MENJELING


Dup Dap Dup Dap. Berdegop la ni semua jantung hati perasaan semua yg nak bertanding. Yang ke hulu ke hilir berkempen pun dahsyat. Muka-muka hipokrit pun makin jelas. Tak mengapalah yooobbbb...kalau dah azali kata kome menang sure menang la tue kan.

Nadi Belia nak sentuh bab pertandingan antara MALIKI dan JAIS untuk jawatan Presiden MBM. Pertandingan dalam mana2 pemilihan mmg bagiuh sebab dikatakan suburnya demokrasi. Tapi kalau dah mcm kebulur jawatan pun sesak jugak nafas dek oiii. Keh3x.

MBM dibawah takluk pemerintahan Maliki diakui agak senyap dalam satu2 isu. Namun sumber dalam mengesahkan Maliki yang dibantu Zaidi SUAMBM lebih suka pendekatan meja perundingan dalam segala isu berkenaan pembangunan belia. Minta maaf cakaplah, satu persatu Exco MBM yg ada masalah peribadi khususnya bab kewangan pun banyak dibantu oleh Zaidi dengan pengetahuan bosnya. Tapi lumrah kepimpinan apa saja di Malaysia ni mana nak reti bab-bab mengenang budi ni.

Jais seorang yang bagus. Bijak dan kepala otak geliga. Tapi dengan semangat Singa membuat beliau kadang-kadang macam badut sarkas pun ada jugak. He3x. Sikit2 nak ugut join pembangkanglah, ludah Menteri KBS lah, pastu disokong oleh Zambri Pendek SUA GPMS yang lantang tak bertempat. Cuma Jais, kalau boleh jagalah GPMS tu baik2 sket. Nak tanya si Jais ni, projek GPMS nak bangunkan 8ribu rumah belia tu apa cer..apa cer..apa cer yer? Syarikat Tri-Tas Timber tu ada lagik ke tak?

Nadi Belia secara dasarnya menyokong kepimppinan MBM yg sedia ada. Nampak berjalan dengan baik. Kalau boleh masukkan muka-muka baru dan juga adik2 bawah 30an supaya MBM nampak berdarah segar dan ada pelapis yg matang nanti.

Monday, January 14, 2013

BAHANG PEMILIHAN KEPIMPINAN MBM 2012-2014


Nampaknya bahang pemilihan semakin hangat. Dengar khabar jawatan nombor satu dalam BM pun akan ditentang dan perebutan nombor dua juga akan berlaku. Cayalah, demokrasi yang subur dalam MBM kononnyalah.

Petanda barisan kepimpinan sedia ada dikalangan exconya yang lemau sudah mendapat isyarat ditolak apabila tumpasnya Exco MBM sedia ada dari Belia 4B, Brader Rhayme semasa pemilihan Naib presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan. Begitu juga dengan tumpasnya Brader Khairol Nezam dari MAYC merebut jawatan presiden Majlis Belia Negeri Sembilan. Dia jugak adalah Exco MBM.

Walaupun Presiden MBM dikatakan lembik dan lemau kerana tidak segarang presiden2 terdahulu, namun ramai yang bersetuju bahawa MBM menampakkan banyak perubahan. Ini mungkin gandingan kuat Setiausaha Agung MBM dan Presiden MBM skang berjaya mencorakkan MBM ke landasan yang baik walaupun agak perlahan.

Dalam masa singkat ini, akan kelihatan banyak hadis dan ayat2 cinta dikeluarkan oleh bakal-bakal calon. Kita akan buat penilaian dan mendedahkan perangai satu persatu di dalam gerakan belia.

FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013: BERAPA RM JUTA PULAK KALI NI?


Dulu dikenali Himpunan Sejuta Belia 2011. Kemudian Himpunan Jutaan Belia 2012. Kemudian tahun ini Festival belia Putrajaya 2013. Baguslah, Cuma tahun ini apakah kontroversi yang akan dibuat oleh KBS dan MBM agaknya, selaku rakan kongsi paling ngetop sejak 2-3 tahun kebelakangan ini.

Sebenarnya, projek ini bagus. Yang tak berapa nak bagusnya ialah ramai sangat membisneskan program yang baik ini. Kemudian pendekatan atau pengisiannya lebih cenderung kepada hiburan. Tahun lepas 20 lebih pentas digunakan untuk hiburan semata-mata. Harap tahun ini perbanyakkanlah pendekatan ilmu yer Pak Menteri. Tapi kalau Pak Menteri lepas PRU13 ni bertukar agaknya teruskan tak festival ni?

Lagi satu KBS dan MBM kalau boleh tahun ni 40 acara utama bagilah kat badan gabungan belia kendalikan sambil buat duit sikit. Jangan asik bagi kat konsultan memanjang. Konsultan pun muka yang sama jek dengan KBS. Jangan marah yer.

Thursday, January 10, 2013

LAGU 1M4U LAGI DIKENALI BERBANDING PENGISIANNYA


Lagu 1M4U lebih dikenali berbanding kaedah penyaluran dana tersebut. Dahlah kaedah nak memohon seakan untuk golongan cerdik pandai sahaja, pengisiannya pun banyak tertumpu di bandar. Bukan anak muda luar bandar tak hebat dalam program kesukarelaan, tapi mereka tak faham nak isi permohonan online tu camner.

Lagi satu, dengar cete barisan kepimpinan1M4U ni bukan dari kalangan orang yang berpengalaman dalam kerja2 kesukarelaan pun. Datang dari latarbelakang orang media, atau orang broadcasting. Huhu... Dana RM100juta perabih kat hebahan media je lah nampaknya. YAB PM tolong jenguk2 sikit 1M4U ni. Orang politik pun dok sibuk buat program ntah apa-apa tapi atas nama kesukarelaan jugak. Pelik lah..

1M4U UNTUK BELIA MANA?


Layarilah portal 1M4U [IM4U], Korang akan dapati tiada satu ruangan pun menggunakan Bahasa Malaysia. 1M4U ni di katakan di bawah UKAS, Jabatan Perdana Menteri. Nampaknya orang-orang Jabatan Perdana Menteri ni masih bangang ke sampai seruan memartabatkan Bahasa Kebangsaan pun masih nak di ajar. Kesian PM kita.

Kesian anak-anak muda kampung atau yang pendidikan tak tinggi nak apply dana ni sebab keupayaanpemahaman bahasa menjadi penghalang. Dengar cete urusan permohonan online pun dalam bahasa Inggeris. Urusan email pengesahan pun dalam Bahasa Inggeris. Alahai.....